Beri saya masa: Piya

Kapten Kelantan, Badhri Radzi mengakui sudah menerima tawaran untuk kekal bersama Kelantan musim depan namun masih belum menandatangani kontrak itu.

Badhri menjelaskan, dia perlu mengkaji lebih lanjut mengenai soal gaji termasuk isi kandungan kontrak dengan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sebelum menandatanganinya.

Apapun, pemain paling senior dalam skuad Kelantan itu mengakui hatinya masih mahu kekal untuk bersama pasukan itu sekalipun mendapat banyak tawaran lumayan.

Badhri mendedahkan dia dilamar beberapa pasukan Liga Super termasuk Liga Perdana dengan bayaran agak tinggi.

KAFA sudah menawarkan kontrak baharu kepadanya bulan lalu namun dia memerlukan sedikit masa untuk memikirkannya.

“Saya tidak boleh jelaskan lanjut mengenai isi kontrak terbaharu itu termasuk jumlah gaji yang akan diterima, cuma apa yang jelas saya perlu menelitinya terlebih dulu.

“Jika ia (kontrak) menepati cita rasa saya, insya-Allah, saya akan tandatangani dan sebaliknya. Masih ada masa. Lagipun, jurulatih baharu pun kita tidak tahu siapa,” katanya.

Pemain berusia 34 tahun yang mula menyarung jersi Kelantan sejak 2008, dilihat masih setia bersama Gergasi Pantai Timur itu sekalipun kerap ‘digoda’ oleh pasukan lain.

Sumber:

AKUi hatinya mahu kekal bersama Kelantan

AKUi hatinya mahu kekal bersama Kelantan

Harian Metro

Kongsi dengan rakan-rakan anda...Email this to someone
email
Print this page
Print
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest