Empat Balai Bomba akan beroperasi tahun depan

KOTA BHARUEmpat Balai Bomba iaitu di Dabong, Kuala Krai, Wakaf Bharu dan Tok Bali akan beroperasi selewat-lewatnya menjelang awal tahun hadapan di Kelantan.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, dengan penambahan empat buah balai itu menjadikan keseluruhan balai bomba yang ada di negeri adalah sebanyak 21 buah.

Wan Mohd Nor (kanan) turut menyampaikan sumbangan kepada anak yatim yang hadir pada majlis berbuka di sini malam tadi.


Wan Mohd Nor berkata, projek pembinaan balai bomba itu adalah projek baru di bawah Rancangan Malaysia Ke 11 (RMK-11) yang memakan belanja sebanyak RM10 juta.

“Kesemua balai bomba itu sekarang dalam proses pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

“Kita yakin dengan penambahan balai bomba ini ianya dapat membantu bomba dalam menjalankan tugas membantu memadamkan kebakaran dengan lebih sempurna serta meningkatkan tahap ‘respone time’ anggota yang bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Berbuka dan Beramah Mesra dengan anggota di Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, banyak balai bomba maka lagi cepat anggota bomba dapat tiba si sesuatu lokasi kebakaran untuk memadamkan api atau menyelamatkan nyawa dan harta benda daripada musnah.

Berhubung penambahan anggota bomba, beliau berkata perkara itu masih dalam perbincangan tetapi JBPM kini membuat perancangan iaitu memindahkan anggota yang ada ke balai baru selain menambah penjawatan dalam bomba bantuan.

Sumber: Sinar Harian.

Kongsi dengan rakan-rakan anda...Email this to someone
email
Print this page
Print
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest