Hospital Kuala Krai, Hospital Dalam Taman

Sepertimana ramai maklum, Jajahan Kuala Krai akan menerima satu hospital yang baharu yang canggih bila Hospital Bharau Kuala Krai siap sepenuhnya kelak. Hospital ini akan di kenali sebagai ‘Hospital Dalam Taman’. Sedikit info mengenai Hospital Baharu Kuala Krai.

Projek ‘Hospital Dalam Taman’, Hospital Kuala Krai baharu diumumkan oleh YAB DS Najib Tun Abdul Razak sewaktu Pembentangan Belanjawan 2012 pada Oktober 2011.


Projek Hospital Kuala Krai ini menggantikan hospital lama yang lokasinya tidak sesuai dan sering dilanda banjir. Keadaan kawasan hospital lama yang sempit dan terhad menghadkan penambahan ruang baharu.

Seiring kemajuan teknologi, Projek Hospital Kuala Krai menyaksikan perubahan dalam reka bentuk bangunan berkonsepkan ‘Hospital Dalam Taman’. Reka bentuk diintegrasikan dengan lanskap yang indah, memberi kenyamanan serta impak emosi berbeza kepada pesakit dan tetamu.

Pembinaan Hospital Kuala Krai ini memberi sinar baru kepada rakyat kawasan Kelantan Selatan dengan penyediaan kemudahan pakar berserta fasiliti hospital yang lengkap dan serba moden.

Sumber: Facebook Kementerian Kerja Raya Malaysia

Kongsi dengan rakan-rakan anda...Email this to someone
email
Print this page
Print
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest