Kapten TRWFC, Piya belum buat keputusan

Ketua pasukan Kelantan, Mohd Badhri Radzi masih mempertimbangkan tawaran kontrak baharu daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Mohd Badhri, 34, yang juga tonggak tengah berpengalaman mengakui KAFA ada menawarkan kontrak baharu kepadanya untuk kekal bersama pasukan itu tetapi memerlukan masa bagi memikirkan sama ada mahu kekal atau sebaliknya.

PIYA perlu masa fikir kontrak baru.

PIYA perlu masa fikir kontrak baru.

“Saya juga ada menerima tawaran daripada beberapa pasukan lain, namun masih ingin terus menabur khidmat bersama Kelantan. Beberapa perkara perlu dibincangkan termasuk soal gaji,” kata pemain yang lebih dikenali sebagai Piya, hari ini.

Beliau adalah antara pemain utama Kelantan selain Mohd Norfarhan Muhammad, Mohd Daudsu Jamaludin, Wan Zack Haikal Wan Noor dan Zairul Fitree Ishak yang bakal tamat kontrak akhir bulan ini.

Sumber: Harian Metro

Kongsi dengan rakan-rakan anda...Email this to someone
email
Print this page
Print
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest