PKINK Bina 1,000 Rumah Mampu Milik

Sehingga sekarang hampir 1,000 unit rumah mampu milik yang dibina Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Dr Wan Zawawi Wan Ismail berkata, projek rumah mampu milik yang sedang dalam pembinaan sekarang di Badang Jalan Pantai Cahaya Bulan iaitu sebanyak 345 unit dan dijangka siap tahun hadapan.

Manakala projek rumah mampu milik yang sudah siap dibina termasuk di Pasir Genda, Tanah Merah; Taman Ubudiah Labok, Machang dan Taman Mesa Rantau Panjang.

“Projek rumah mampu milik lain iaitu di Pasir Mas dan Pasir Puteh.

“Rumah mampu milik PKINK dijadikan sebagai satu agenda khas untuk membantu rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah. Projek ini tidak mendatangkan keuntungan,” katanya disini.

Kos bagi menyiapkan pembinaan rumah mampu milik kira-kira RM75,000 sedangkan ia jual pada harga RM45,000.

Dr Wan Zawawi berkata, projek rumah mampu milik di Badang menyebabkan PKINK terpaksa menanggung defisit sebanyak RM21 juta.

Namun katanya, kerajaan membantu menyalur dana tambahan sebanyak RM9 juta. Ia dapat mengurang defisit kepada RM12 juta yang terpaksa ditanggung PKINK.

“Bagaimanapun kita dapat tampung projek itu melalui keuntungan projek-projek lain. Perkongsian PKINK dengan kerajaan negeri begitu mantap.

“Biarpun kita menanggung defisit namun kerajaan membantu projek di tempat lain yang boleh kita tampung projek rumah mampu milik.

“Apa yang penting rakyat boleh memiliki rumah pada harga lebih murah yang dilengkapi dua bilik air dan tiga bilik tidur,” ujarnya.

Rumah mampu milik gred C dengan keluasan 700 kaki persegi ditawarkan dengan harga RM45,000. Manakala gred A pula dijual dengan harga RM120,000.

Sumber: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan.

Kongsi dengan rakan-rakan anda...Email this to someone
email
Print this page
Print
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest