PKINK Sasar Sambutan Ekspo PKINK@50 Meriah

pkink50

Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sasar raih sambutan menggalakkan daripada pengunjung sempena Ekspo Jubli Emas PKNIK@50 yang telah berlangsung pada 27 September lalu hingga 1 Oktober ini.

Pelbagai aktiviti telah berlangsung sempena Ekspo Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Antaranya termasuk pameran hartanah dan tawaran untuk pemilikan rumah rakyat, jualan produk pertanian dan khidmat guaman percuma berkaitan hartanah.

Selain itu turut diadakan pertandingan melukis batik, pertandingan clever teen, persembahan Didi & Friends dan lain-lain acara menarik.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Mohd Asri Sulaiman berkata, ekspo yang berlangsung selama lima hari itu adalah bagi memperkenalkan semula perbadanan kepada masyarakat sebagai satu badan utama dalam menstransformasikan ekonomi negeri.

“Pada tahun ini,PKINK mencapai 50 tahun operasinya dan berjaya merealisasikan hala tuju kerajaan negeri, dalam menerajui pelbagai sektor ekonomi termasuklah sektor pembinaan, pertanian, perindustrian , pelancongan dna perkhidmatan,”katanya.

Tambahnya, objektif meraikan penubuhan 50 tahun PKINK oleh anggota perbadanan dan syarikat kumpulan perbadanan ini bagi mempamerkan peranan & kejayaan PKINK dan Syarikat Kumpulan dalam membangunkan ekonomi negeri Kelantan.

“Malah kita juga mahu melebarkan informasi mengenai Kumpulan PKINK kepada masyarakat supaya masyarakat sedar tentang kewujudan sebuah perbadanan ekonomi negeri yang sentiasa mengekalkan kecemerlangan sebagai pemangkin ekonomi negeri sejak sekian lama,” Katanya ketika berucap di majlis perasmian Ekspo PKINK @ 50 di Ruang Legar, Pasaraya Aeon, pada 29 September lalu.

Majlis perasmian ekspo PKINK @ 50 telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur,Utiliti dan Teknologi Maklumat YB. Dato’ Haji Hanifa bin Ahmad yang mewakili Menteri Besar Kelantan. Turut hadir ke majlis tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Perpaduan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan YB. Dato’ Haji Anuar Tan bin Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat, Kesihatan, Alam Sekitar dan NGO, YB. Dr. Ramli bin Mamat dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (Hal Ehwal Korporat), Mohd Mazli Zakuan Mohd Noor.

Kongsi dengan rakan-rakan anda...Email this to someone
email
Print this page
Print
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on LinkedIn
Linkedin
Pin on Pinterest
Pinterest